Wednesday, January 7, 2015

AUTUMN IN MY HEART KOREA 2014



KOREA DAY 1 


KL ~ BUSAN~ SEOUL


Anneyong haseyo!! 


Selalunya orang yang nak ke Korea Selatan ni sebab K-POP lah, sebab drama Korea, sebab Lee Min Ho, sebab Running Man, sebab Winter Sonata. Aku?? Retis Korea pun tak berapa nak kenal. Nak pergi sangat sebab orang cakap Korea ni BEST! Orang Korea very helpful! Korea ni bersih! Macam2 lagilah komen2 positif. So kena pergi gak walaupun masa tu, tak ada pun kawan yang nak pergi. Haha. Apa2 pun, impian kena ada barulah menjadi kenyataan. Wah! Hehe.

Dalam hati nak pergi 2015, terbeli tiket pulak bulan Oct 2014 sebab ada Air Asia promo dalam RM700++ masa bulan 7.  3bulan sebelum tarikh berlepas. Hehe. Beli 2 tiket, Kak Faz nak ikut. So okla teman2 diriku ni. Berdua jadilah kan. Kak Faz ni opismet kepada my roomate Kak Wawa.

Dalam masa 3 bulan lagi?? Sangatlah berdebar. Apa nak buat ni? Katanya orang Korea tak fasih English. Macam2la fikir. Lols! Credit to my anak Shaklee, Suhaiyl sebab masukkan dalam group Backpackers Buddies Malaysia (BBM). Sebab awal2 rancang nak pergi ber3, tak jadi sebab dapat panggilan bekerja di Madinah. Sobs!

So dalam group BBM ni add je kawan2 yang nak pergi Korea walaupun tarikh tak sama. At least tujuan samalah kan. Paling rapat dengan Naddy Ay. Panggil Nad je. Nad nilah yang rajin bagi daku semangat, dia ajar cara nak guna Metroid HD apps, dengan Nad jugak ulangkaji itinerary dan pergi Plaza Korea KL pun sama2. Last minit sangat masa tu. Kutip segala brochure, segala diskaun2 berkaitan. Tengkiyuu Nad sebab sudi layankan diriku ini! Labayuu.. <3

Setelah sampai hari yang ditunggu2,  seawal jam 5 pagi bergerak dari Vista ke KLIA2. Dihantar adik tersayang. Hehe. Sampai KLIA2 check in luggage dan terus sarapan. 16/10/2014 pertama kali datang KLIA2, pertama kali naik AirAsia X (AAX) perasaan tu sangat2lah mendebarkan. Dalam hati Cuma berdoa semoga niatku bermusafir dipermudahkan yang Maha Esa.



Tepat jam 8.30am, AAX take off. Perjalanan mengambil masa 6h30m. Malam sebelum fly, tetiba kena flu. Dalam flight AAX badan pun terasa sejuk sangat macam nk demam. Dalam hati, banyak2 doa. Sebab Korea adalah negara impian. Demam pun harus diteruskan jugak. Kuatkan hati kentalkan hati. Jacket yang sepatutnya pakai kat Korea, dah jadi selimut dalam flight. Baru leh tidur. 





Korea GMT+9 so awal 1 jam dari Malaysia. Safely landed 3.45pm dekat Gimhae International Airport, Busan, South Korea. Keluar flight, mak aihh sejiukkk. Angin dia macam aircond opis kot. Ekeke. Lepas kutip luggage, misi pencarian train. Masa ni dah start neves. Rupanya setiap stesyen, diaorang letakkan seorang assistant. Tanya je dia, bagusnya orang Korea ni sangat membantu. Best!


 





 
Gimhae International – Sasang (Beli T-Money & Banana Uyu) – Busan – Dusil



 
Tren Korea tak semua ada eskelator, hanya Allah yang tau beratnya beg 15KG ku heret sana sini naik tangga. Uwaa!! Tetibe ada Running Man angkatkan beg. Sekali tu je jumpe. Hihi. Kamsahabnida Oppa. :)


Sampai Dusil Station carilah, Central Masjid bersebelahan Cappadocia makanan Halal Turkey. Makan mushroom soup dan roti  KRW3,000 lebih kurang RM10. 












9pm bergerak balik ke Busan Station untuk terus ke Seoul by Mugunghwa dekat KTX Station. U ols boleh book awal di http://www.letskorail.com/ebizbf/EbizBfTicketSearch.do. Pembelian awal lebih murah berbanding beli di kaunter.




Perjalanan 5j30m, masa untuk tidur yaw. Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...




Juliemomol nak tidur dulu yeaa. Bersambung lagi ke Korea Day 2. InsyaAllah. :)

No comments:

Post a Comment