Monday, January 12, 2015

KOREA DAY 2 – SEOUL


Dalam 4.30 pagi, terasa ada orang gerakkan badan. Yeeeay, sudah sampai Seoul Station. Anneyonghaseyo Seoul! Sejuk menusuk tulang. Tengok suhu 4 darjah celcius ko! Ketaq. Burrr.. Nak senyum pon ketat muka. Hahaa. 



Terjumpa 3 orang backpackers Malaysia. Salah seorang namanya Kak Ros. Kami membersihkan diri dalam toilet. Botol mineral kosong wajib kena bawak hokeh gadis2 bila kita travel ke luar Negara untuk menyucikan diri. Ekeke. * ustajah mode.
 
Lepas connect Wifi, berdesup2 Whats app masuk. Tahniah Jul! Rezeki ko. Daku terpinga2, apakah? Rupanya dengan kuasa Allah, I ols dapat cabutan bertuah sempena ulangtahun dari Master Fazliana & Master Fairuz. Master Shaklee bagi pilihan nak laptop, smartphone, notebook, home theater berharga rm1k++. Ucapan syukur Alhamdulillah atas rezekinya. Di sebalik kesakitan yang diberikan, rupanya ada ‘hadiah’ yang dikurniakan. SubhanAllah Alhamdulillah. Rezeki musafir Korea katenyew.

Disebabkan Namsan Guest House 3 buka pukul 7 a.m. Dalam 6.30 kami gerak menaiki subway Seoul Station ke Myeongdong Station. Dalam 2 station je.

Owner Guest House kata tak boleh check-in awal. So kami letak luggage bag sesiap. Lepas tu mandi dan sarapan dulu, baru keluar menuju ke Changdeokgung Palace. Kat Korea ni, banyak sesangat Palace so u ols boleh melawat yang femes emes je k.

Daku cadangkan anda membeli tiket kombinasi untuk Palaces berharga KRW 10,000 sahaja. Memang sangat jimat. Tiket kombinasi membolehkan anda memasuki 5 Palaces termasuk Changdeokgung Palace, Gyeongbukgung  Palaces serta Secret Garden. Tapi ku pergi yang wajib2 je. Tak larat nak g semua. Hihi.





 Bergambar kenangan bersama adik2 High School. hehe

 Secret Garden



Selepas 2 tempat ni, bergerak ke Bukchon Hanok Village. On the way tu beli bahulu bentuk ikan yang ada isi Kacang Merah. Sana sejuk, makan kudapan panas2, pewhhh lazatnyaa. Hahaa. Ahjumma baik hati bagi 1 free lagi bahulu. Yeayy!





Kat sini kalau lapar je, daku akan pergi ke convenient shop terus beli Banana Uyu untuk mengelakkan kelaparan terlampau. Sedap , kenyang dan berkhasiat kalsium lagiii. Hehehe.


Kat sana kenalah rajin bertanya arah ye, walaupun diaorang jawab Bahasa Korea korang layankan je janji faham body language tangan tu TERUS, KIRI atau KANAN. :)

Punyalah beriya naik bukit ni, mana Hanok Bukchon Village ni sekali jumpa tourist information Hanok Bukchon Village ni adalah sebuah perkampungan. Dia siap bagi peta. Nak g sebiji2 takde lah, so ambil gambar di lelorong dan atap yang cantik-cantik cukuplah. Tetiber terjumpa Onney pakai Hanbok lalu daku tarik tangan beliau untuk bergambar. Barulah KOREA! Haha..



Kemudian kami bergerak ke Gyeongbukgung Palace. Ngam pukul 3pm sampai, ada acara peralihan penjaga Palace. Masa tu kaki dah penat, dengan automatisnya aktif berlari menuju ke acara setelah kedengaran bunyi gong. Ekeke. Lawak tol!





Selepas bergambar, balik ke Namsan untuk check-in. Dah 2 hari ni, tak baring oii.. Tak sabar, tak sabar.:P

Disebabkan ingin keselesaan, I ols book Namsan3 KRW 65,000 per malam untuk 2 orang. So 5 malam jadilah KRW 325,000. Keselesaan bermaksud untuk bersolat, tidur dengan tenang. Kat sini tilam sahaja tiada katil ye. Hihi.









Untuk menjimatkan perbelanjaan, bawaklah makanan dari Malaysia ye. Malam kedua kami masak sahaja di Guest House. Menu malam ni Nasi Lemak Brahims bersama sambal tumbuk mak den dan sambal tumbuk Kak Long saya. Akak sorang lagi bawal Sambal Hitam Pahang. Macam-macam jenis sesambal kami bawak. Perut Melayu khen.  Setelah makan terus berdesup tidur. Dahlah malam semalam tidur duduk dalam tren. Hohoi. 




Sehingga berjumpa lagi next chapter Korea Day 3. Anneyongg! :)

Wednesday, January 7, 2015

AUTUMN IN MY HEART KOREA 2014



KOREA DAY 1 


KL ~ BUSAN~ SEOUL


Anneyong haseyo!! 


Selalunya orang yang nak ke Korea Selatan ni sebab K-POP lah, sebab drama Korea, sebab Lee Min Ho, sebab Running Man, sebab Winter Sonata. Aku?? Retis Korea pun tak berapa nak kenal. Nak pergi sangat sebab orang cakap Korea ni BEST! Orang Korea very helpful! Korea ni bersih! Macam2 lagilah komen2 positif. So kena pergi gak walaupun masa tu, tak ada pun kawan yang nak pergi. Haha. Apa2 pun, impian kena ada barulah menjadi kenyataan. Wah! Hehe.

Dalam hati nak pergi 2015, terbeli tiket pulak bulan Oct 2014 sebab ada Air Asia promo dalam RM700++ masa bulan 7.  3bulan sebelum tarikh berlepas. Hehe. Beli 2 tiket, Kak Faz nak ikut. So okla teman2 diriku ni. Berdua jadilah kan. Kak Faz ni opismet kepada my roomate Kak Wawa.

Dalam masa 3 bulan lagi?? Sangatlah berdebar. Apa nak buat ni? Katanya orang Korea tak fasih English. Macam2la fikir. Lols! Credit to my anak Shaklee, Suhaiyl sebab masukkan dalam group Backpackers Buddies Malaysia (BBM). Sebab awal2 rancang nak pergi ber3, tak jadi sebab dapat panggilan bekerja di Madinah. Sobs!

So dalam group BBM ni add je kawan2 yang nak pergi Korea walaupun tarikh tak sama. At least tujuan samalah kan. Paling rapat dengan Naddy Ay. Panggil Nad je. Nad nilah yang rajin bagi daku semangat, dia ajar cara nak guna Metroid HD apps, dengan Nad jugak ulangkaji itinerary dan pergi Plaza Korea KL pun sama2. Last minit sangat masa tu. Kutip segala brochure, segala diskaun2 berkaitan. Tengkiyuu Nad sebab sudi layankan diriku ini! Labayuu.. <3

Setelah sampai hari yang ditunggu2,  seawal jam 5 pagi bergerak dari Vista ke KLIA2. Dihantar adik tersayang. Hehe. Sampai KLIA2 check in luggage dan terus sarapan. 16/10/2014 pertama kali datang KLIA2, pertama kali naik AirAsia X (AAX) perasaan tu sangat2lah mendebarkan. Dalam hati Cuma berdoa semoga niatku bermusafir dipermudahkan yang Maha Esa.



Tepat jam 8.30am, AAX take off. Perjalanan mengambil masa 6h30m. Malam sebelum fly, tetiba kena flu. Dalam flight AAX badan pun terasa sejuk sangat macam nk demam. Dalam hati, banyak2 doa. Sebab Korea adalah negara impian. Demam pun harus diteruskan jugak. Kuatkan hati kentalkan hati. Jacket yang sepatutnya pakai kat Korea, dah jadi selimut dalam flight. Baru leh tidur. 





Korea GMT+9 so awal 1 jam dari Malaysia. Safely landed 3.45pm dekat Gimhae International Airport, Busan, South Korea. Keluar flight, mak aihh sejiukkk. Angin dia macam aircond opis kot. Ekeke. Lepas kutip luggage, misi pencarian train. Masa ni dah start neves. Rupanya setiap stesyen, diaorang letakkan seorang assistant. Tanya je dia, bagusnya orang Korea ni sangat membantu. Best!


 





 
Gimhae International – Sasang (Beli T-Money & Banana Uyu) – Busan – Dusil



 
Tren Korea tak semua ada eskelator, hanya Allah yang tau beratnya beg 15KG ku heret sana sini naik tangga. Uwaa!! Tetibe ada Running Man angkatkan beg. Sekali tu je jumpe. Hihi. Kamsahabnida Oppa. :)


Sampai Dusil Station carilah, Central Masjid bersebelahan Cappadocia makanan Halal Turkey. Makan mushroom soup dan roti  KRW3,000 lebih kurang RM10. 












9pm bergerak balik ke Busan Station untuk terus ke Seoul by Mugunghwa dekat KTX Station. U ols boleh book awal di http://www.letskorail.com/ebizbf/EbizBfTicketSearch.do. Pembelian awal lebih murah berbanding beli di kaunter.




Perjalanan 5j30m, masa untuk tidur yaw. Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...




Juliemomol nak tidur dulu yeaa. Bersambung lagi ke Korea Day 2. InsyaAllah. :)

Friday, December 19, 2014


JERAWAT & JERAGAT SETTLE BULAN DISEMBER 2014


Lama tak menaip. Rindu plak harini. Hehe. Bulan Disember bulan kegembiraan saya sebab Happy Birthday 2 me. Yang sukenya sebab semua orang mendoakan yang best2. Doa yang baik2 sahaja yang saya harapkan daripada kalian semua.


Tanpa berlengah lagi, saya cuma nak bagitahu sempena bulan kegembiraan saya Shaklee ada buat 3 PROMOSI TERHEBAT okehhh..


Nak tau apa? Jom tengok!!












Camana??? Best tak? Best tak?? Semua vitamin kecantikan bagi awet muda dan anjal gitu. toink! toink! Bagi yang mempunyai masalah kulit macam jerawat, jeragat , inilah bulan yang sangat2 sesuai untuk anda borong tau.

Lagi satu nak bagitahu, Collagen Powder super duper BEST tu hanya tinggal 12 hari sahaja lagi. Lepas tu sepanjang 2015 tak de jual dah. Rugi tak grab. Simpan untuk persiapan Hari Rayala u olss.. Jangan menangis kalau tak dapat ye.




Ni gambar testimoni cucu Shaklee saya, Kak Qaseh. Yang ni perubahan lepas konsisten Vitamin C selama seminggu tau. Kalau berpuluh minggu?? Jeng jeng.. paham2 jela ye. Ini blog cucuku http://sihatanggunjelita.blogspot.com/


Berminat hendak mencuba?

Konsultasi percuma dan eksklusif hanya untuk pelanggan saya sahaja tau :)


Shaklee ID Malaysia
 
931412


Julie Ali 0192232549  
WA 0127672549


Email : ketimomol@gmail.com 
FB      : Julie Ali   
Instagram : juliemomol


Selamat berhujung minggu! Salam.





Saturday, October 11, 2014

PUNCA, KESAN DAN CARA MENURUNKAN KOLESTROL TINGGI

PUNCA KOLESTROL TINGGI DALAM TUBUH BADAN


1) PEMAKANAN

Pengambilan makanan yang banyak lemak seperti keropok, kerepek, ayam goreng, makanan segera seperti burger, hot dog, kentang goreng secara kerap.


2) BERAT BADAN

Sekiranya berat anda berlebihan, risiko untuk berkolestrol tinggi adalah besar. Anda boleh mengenalpasti melalui pengiraan BMI (Body Mass Index). Sila tekan link berikut www.bmi-calculator.info. 

Ada juga orang yang kurus tetapi kolestrol tinggi. Buatlah ujian darah sekurang-kurangnya setahun sekali sebagai langkah berjaga-jaga.


 3) KETURUNAN

Orang yang mempunyai keturunan kolestrol tinggi juga mempunyai potensi untuk mendapat kolestrol tinggi


4) AKTIVITI HARIAN

Aktiviti harian yang tidak banyak pergerakan mempunyai potensi berkolestrol tinggi berbanding orang yang banyak bergerak


5) MEROKOK

Merokok sangat berbahaya untuk kesihatan dan boleh meningkatkan kadar kolestrol





KESAN / IMPLIKASI KOLESTROL TINGGI

Kolestrol yang tinggi menyebabkan plak terbentuk di sekeliling salur darah lalu menyebabkan saluran darah tersumbat. Apabila darah tersumbat, antara penyakit yang terlibat adalah seperti di bawah :-


1) SAKIT JANTUNG



2) STROK / ANGIN AHMAR



 3) TEKANAN DARAH TINGGI, PENYAKIT HATI & KETIDAKSUBURAN





CARA MENURUNKAN KOLESTROL YANG TINGGI
 

1)  MENGUBAH CORAK PEMAKANAN

Penyebab utama kolestrol tinggi adalah makanan berlemak. Hindari makanan segera, 'fast-food', frozen food seperti daging burger , hotdog serta makanan yang bergoreng. 

Perbanyakkan makan yang mempunyai fiber/serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, roti wholemeal, bijirin, oat dan lain2.

Di antara buah-buahan yang membantu dalam menurunkan kadar kolestrol adalah seperti jambu batu, betik, delima, anggur, avokado manakala sayur-sayuran pula seperti bayam , tomato, ulam-ulaman.


2) BERSENAM

Setelah menjaga pemakanan tadi, perlulah seimbang dengan aktiviti fizikal.

Bersenam atau bersukan membantu kita untuk meningkatkan kadar kolestrol baik iaitu HDL. Semakin meningkat kolestrol baik dalam tubuh kita, ianya membantu mencegah kolestrol mengendap di arteri serta melindungi pembuluh darah dari terbentuknya plak pada dinding darah.


3)MENGAMBIL OMEGA 3

Omega 3 berfungsi untuk menurunkan kolestrol jahat LDL serta membantu meningkatkan paras kolestrol baik HDL dalam badan.

Saya syorkan Omega Guard Shaklee kerana ianya tinggi dengan Omega 3 serta disuling sebanyak 3 kali. Tinggal telan sahaja. hehe.




4) MENGAMBIL PHYTOCOL- ST




 

Fitosterol membantu menghalang kolestrol jahat memasuki salur darah manusia. Ianya perlu diambil 1/2 - 1 jam sebelum menikmati makanan.



Anda digalakkan membuat ujian darah setahun sekali ataupun setahun 2x untuk mengetahui kadar kolestrol anda. Kolestrol tinggi dikenali sebagai 'SILENT KILLER' iaitu pembunuh secara senyap kerana kolestrol tinggi tidak terlalu menunjukkan simptom. Tau-tau je dah sakit jantung, strok dan sebagainya.

Jangan ambil remeh!


Cepat2 hubungi saya. 

Konsultasi percuma dan eksklusif hanya untuk pelanggan saya sahaja. :)

 
Shaklee ID Malaysia
931412

Julie Ali
0192232549
WA 0127672549

Email : ketimomol@gmail.com
FB      : Julie Ali 
Instagram : juliemomol




Selamat berhujung minggu! Salam.



Thursday, September 18, 2014

SET KOLESTROL SHAKLEE


KOLESTROL

Menurut Wikipedia, kolestrol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia.



JENIS- JENIS KOLESTROL

1) LDL ( Low Density Lipoprotein)

Kolestrol LDL sering dipanggil KOLESTROL JAHAT! Mengapa JAHAT?? Sebabnya kolestrol LDL mengangkut kolestrol paling banyak di dalam darah. Kadar LDL yang tinggi boleh menyebabkan pengendapan kolestrol dalam arteri. Dengan kata lain yang mudah difahami adalah kolestrol yang mengakibatkan saluran tersumbat.

Anda boleh lihat perbezaan di antara salur darah yang sihat & salur darah yang sudah tersumbat.

 

 

2) HDL ( High Density Lipoprotein)

Kolestrol ini dipanggil KOLESTROL BAIK. Ianya mengangkut lebih sedikit kolestrol berbanding LDL. Ianya juga dipanggil kolestrol baik kerana HDL dapat mencegah kolestrol mengendap di arteri serta melindungi pembuluh darah dari terbentuknya plak pada dinding pembuluh darah.


3) Trigliserida 

Selain LDL dan HDL, terdapat lemak lain di dalam salur darah iaitu trigliserida. Sekiranya kadar trigliserida meningkat ianya juga dapat meningkatkan kadar kolestrol. Kadar trigliserida dalam darah dipengaruhi seperti kegemukan, pengambilan alkohol, gula dan makanan berlemak.




Sekian pengenalan untuk kolestrol. Entri seterusnya saya akan berkongsi punca, kesan kolestrol yang tinggi dan bagaimana cara-cara untuk menurunkan paras kolestrol kepada kadar yang normal. 




Shaklee ID Malaysia
931412

Julie Ali
0192232549
WA 0127672549

Email : ketimomol@gmail.com
FB  : Julie Ali
Instagram : juliemomol