Monday, March 18, 2013

BALI - DAY 2

Semalam dah janji dgn Pak Sulatra jumpe pukul 8.30 am kat Lobby. Bali & Faiz ni jenis punctual. Kami yang gegurl ni lambat sketla, mcm bese. Hehe. Dlm 10 minit gak Pak Sulatra tunggu. Oh yea, lupa plak nak perkenalkan. Tour guide kami namanya Pak Sulatra & our driver namanya Pak Nyoman. Kedua2nya beragama Hindu. Kebanyakan warga Bali adalah Hindu. Sebab tu banyak sangat Pura. Pura tu tempat mereka sembahyangla. Kalau kat Malaysia panggil kuil. Pak Nyoman berkahwin dgn orang Australia. Kemain global ye. Haha.

Kalo nak breakfast, mesti ada wood craft ni. Berseni sungguh org2 sini.




After simple breakfast, terus bergerak ke Batu Bulan.Kami mau menyaksikan persembahan Barongan, yeahh! Hehe. Kalau Kecak Dance waktunya senja. Kalo Barongan waktunya pagi. Mari kita tengok Barongan tu ape k. Lets cuci mata!









Ada beberapa babak, boleh baca seperti di atas ye. Watak pon bermacam2 watak. Yang paling thrill, yang last laa. Macam kene sampok sume sampai ada orang berbaju putih renjis2 air. Baru sume sedar. *ala2 kuda kepang gtewla.

Selepas menyaksikan Barongan, perut sudah berbunyi2. Jom lunch at Restoran Suling Bali, Kintamani. Hawanya sejuk di sini. **Untuk pengetahuan u ols, makanan Halal susah nak cari ye. Banyak makanan yang ada binatang hidung besar tu. So hati2 dalam memilih restaurant & makanan.


Restoran ni ramai orang Malaysia datang. Okla kan. Hehe

 Makan coleslaw & buah2an dulu bagi memudahkan penghadaman

Sup ketam


Tengah makan2 masa ni, ada beberapa orang ketuk2 cermin kat tepi restaurant. Diaorg mencari rezeki dgn jual2 t-shirt2, kain, gelang2, keychain. Pastu letak harga Malaysia Ringgit hokeh. Jaga2, sbb kadang2 harganya lebih mahal.

Berlatar belakangkan Kintamani Volcano

Kat bawah tu ada danau. Danau Batur Lake namanya. :)

Kalau u ols sume perasan di Bali, banyak patung2 yang berbalut kain seperti patung ni. Yang berkain pelekat pun ada. Kami tanya dekat Pak Sulatra, kenapa? Dia jawab sebab bila balut kain, ada kuasa kesaktian katenye. Owh, mcm tu..


Next destination is Tampak Siring Temple or Tirta Empul. Banyak pantang larang nak masuk. Antaranya, orang yang sedang dalam haid, tidak dibenarkan masuk. Rugila kan, da jauh2 pegi tapi xdpt masuk.

Kat belakang ni, diaorg mandi manda before pray. Tampak Siring Holy Water.

Ada air berpusar warna kelabu. Sejarahnya ada dewa cucuk tongkat kat sini if I  am not mistaken. Sampai la ni gini. Yang peliknya, air sekitarnya warna jernih.

BALI next top model. Hahhaiii...:P

 Rumah nun di atas tu bekas rumah 1st Presiden Indonesia, Sukarno

Bagi yang memakai seksi or seluar pendek, harusla memakai kain & tali kuning. Ai berpakaian sopan tetapi ngade2 nak pakai. Bukan selalu kan? Siap masing2 suruh Pak Sulatra pakaikan. Manja angat2 ahli BT ni. Hahaaa..

 Sekitar Tampak Siring
Kuat makcik ni. Ko mampu?? Hehe






Di antara souvenir2 yang ada di sekitar Tirta Empul ni. Yang 18sx tu, buat2 xnmpk jela ye. Dah budaya diaorg. Hahaha..

Baru nampak Wawa. Dia xsehat sgt so xde mood nak bergambar. Siap prepare paper bag MAS lagi utk vomit. Cian dia. Cobaan.. Kemain kaki Bebi lentik. Haha.

 After Tampak Siring, kami singgah ke Tegallalang Rice Terrace, Ubud. Masing2. Hehe.

Kalo diperhatikan di belakang sana, padi2nya ditanam bertingkat2. Wif my BFF Bebi.


Seterusnya menuju ke Celuk Village. Kat sini ada pelbagai barang2 silver seperti di bawah.






Sepatutnya terus ke Mas Village untuk wood craft. Tapi xpela ye, tengok ukiran pintu ni jadila. Hehe. 

Night walking bermula lepas solat jamak. Bubba gump sekitar hotel. Berebut2 nak bergambar dgn kasut besar tu. Hahaa. 

Malam kedua ni, kami berpecah. Jul, Bebi & Payed g berurut. Bali & Faiz pergi ke Legian. Bali takut nak urut kat sini. Macam tempat potong ayam katanya. Saba jela. Haha..

Not bad harganya. Bagi segar badan nak jalan lagi 2 hari ni. Hehe.

 Hasil tangkapan gambar Bali & Faiz. HRC on the night side.

Monumen Bali di Legian Street. Kat sini nama2 yang terkorban ketika tragedi Pengeboman Bali 2002. Sehingga kini, ada negara2 yang tidak membenarkan rakyatnya melancong ke Bali. Bila kami sampai di hotel pun, van kami kene scan. Rasanya nak check ada bom ke x. Bali & Faiz berjumpa dgn jejaka yang hanya memakai 'Bowtie'. Aiyooo.. Hati2 ye kawan2. Mcm2 jenis org ada. Hehe.


Menurut Pak Sulatra, rakyat Bali mengamalkan sistem Karma. What you give, you get back. Lebih kurang gtula. Contoh : Kalau ada kecurian, pencuri tu akan dipukul. Kalo xnasib baik, boleh membawa maut. 

Sekian Episod Bali-DAY2. Hope you like it! Tggu episod 3 & 4 keh. 
Till see u again! :)








No comments:

Post a Comment