Monday, January 12, 2015

KOREA DAY 2 – SEOUL


Dalam 4.30 pagi, terasa ada orang gerakkan badan. Yeeeay, sudah sampai Seoul Station. Anneyonghaseyo Seoul! Sejuk menusuk tulang. Tengok suhu 4 darjah celcius ko! Ketaq. Burrr.. Nak senyum pon ketat muka. Hahaa. 



Terjumpa 3 orang backpackers Malaysia. Salah seorang namanya Kak Ros. Kami membersihkan diri dalam toilet. Botol mineral kosong wajib kena bawak hokeh gadis2 bila kita travel ke luar Negara untuk menyucikan diri. Ekeke. * ustajah mode.
 
Lepas connect Wifi, berdesup2 Whats app masuk. Tahniah Jul! Rezeki ko. Daku terpinga2, apakah? Rupanya dengan kuasa Allah, I ols dapat cabutan bertuah sempena ulangtahun dari Master Fazliana & Master Fairuz. Master Shaklee bagi pilihan nak laptop, smartphone, notebook, home theater berharga rm1k++. Ucapan syukur Alhamdulillah atas rezekinya. Di sebalik kesakitan yang diberikan, rupanya ada ‘hadiah’ yang dikurniakan. SubhanAllah Alhamdulillah. Rezeki musafir Korea katenyew.

Disebabkan Namsan Guest House 3 buka pukul 7 a.m. Dalam 6.30 kami gerak menaiki subway Seoul Station ke Myeongdong Station. Dalam 2 station je.

Owner Guest House kata tak boleh check-in awal. So kami letak luggage bag sesiap. Lepas tu mandi dan sarapan dulu, baru keluar menuju ke Changdeokgung Palace. Kat Korea ni, banyak sesangat Palace so u ols boleh melawat yang femes emes je k.

Daku cadangkan anda membeli tiket kombinasi untuk Palaces berharga KRW 10,000 sahaja. Memang sangat jimat. Tiket kombinasi membolehkan anda memasuki 5 Palaces termasuk Changdeokgung Palace, Gyeongbukgung  Palaces serta Secret Garden. Tapi ku pergi yang wajib2 je. Tak larat nak g semua. Hihi.





 Bergambar kenangan bersama adik2 High School. hehe

 Secret Garden



Selepas 2 tempat ni, bergerak ke Bukchon Hanok Village. On the way tu beli bahulu bentuk ikan yang ada isi Kacang Merah. Sana sejuk, makan kudapan panas2, pewhhh lazatnyaa. Hahaa. Ahjumma baik hati bagi 1 free lagi bahulu. Yeayy!





Kat sini kalau lapar je, daku akan pergi ke convenient shop terus beli Banana Uyu untuk mengelakkan kelaparan terlampau. Sedap , kenyang dan berkhasiat kalsium lagiii. Hehehe.


Kat sana kenalah rajin bertanya arah ye, walaupun diaorang jawab Bahasa Korea korang layankan je janji faham body language tangan tu TERUS, KIRI atau KANAN. :)

Punyalah beriya naik bukit ni, mana Hanok Bukchon Village ni sekali jumpa tourist information Hanok Bukchon Village ni adalah sebuah perkampungan. Dia siap bagi peta. Nak g sebiji2 takde lah, so ambil gambar di lelorong dan atap yang cantik-cantik cukuplah. Tetiber terjumpa Onney pakai Hanbok lalu daku tarik tangan beliau untuk bergambar. Barulah KOREA! Haha..



Kemudian kami bergerak ke Gyeongbukgung Palace. Ngam pukul 3pm sampai, ada acara peralihan penjaga Palace. Masa tu kaki dah penat, dengan automatisnya aktif berlari menuju ke acara setelah kedengaran bunyi gong. Ekeke. Lawak tol!





Selepas bergambar, balik ke Namsan untuk check-in. Dah 2 hari ni, tak baring oii.. Tak sabar, tak sabar.:P

Disebabkan ingin keselesaan, I ols book Namsan3 KRW 65,000 per malam untuk 2 orang. So 5 malam jadilah KRW 325,000. Keselesaan bermaksud untuk bersolat, tidur dengan tenang. Kat sini tilam sahaja tiada katil ye. Hihi.









Untuk menjimatkan perbelanjaan, bawaklah makanan dari Malaysia ye. Malam kedua kami masak sahaja di Guest House. Menu malam ni Nasi Lemak Brahims bersama sambal tumbuk mak den dan sambal tumbuk Kak Long saya. Akak sorang lagi bawal Sambal Hitam Pahang. Macam-macam jenis sesambal kami bawak. Perut Melayu khen.  Setelah makan terus berdesup tidur. Dahlah malam semalam tidur duduk dalam tren. Hohoi. 




Sehingga berjumpa lagi next chapter Korea Day 3. Anneyongg! :)

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete