Thursday, March 14, 2013

BAJET TREBELER

Sempena MattaFair 2013 bermula esok, tiba2 rasa nak taip entri pasal travel pulak. Hehe. Nak bercerita, harusla ada mood. Barula rasa real. Haha. Kenapa Bajet Trebeler? Sebabnya kami suka travel tapi nak kos yang murah & best.. Best jekan dengar. Titik mula perjumpaan Bajet Trebeler adalah di Airport Ngurah Rai, Denpasar, Bali, Indonesia pada 02122011, sehari selepas my Besday. So sweeeeetttt...

Mari saya perkenalkan seorang demi seorang ahli Bajet Trebeler ye. Lets cekidaud. Yawnnn.



Yang bertudung merah ni namanya Julie or teman yang rapat panggil Joule. Beliau merupakan Ketua Rombongs setiap kali travel. Tah camana tetibe je jadi KR. Bab cari hotel, agensi, tiket flight, kira mengira duit, kos sume diserahkan kepadanya walaupon xbergaji ye. Adakalanya, dia suka merajuk sebab ahli lain xrespon bila dia tanya. Hehe.:P. Independent distributor Shaklee. Silala hubungi di talian 019-2232549. Jangan malu, jangan segan. Lokasi penggambaran : Tegallalang Rice Terrace, Ubud, Bali.



Next! Yang bertopi rainbow ala2 DIVA ni namanya Bebi ataupun Beb Samsudinnnn. Nyanyi ikut tempo ye. Melodi tu direka khas oleh Bali .Hehe. Beliau ni orangnya tegas &  bertanggungjawab tapi tersangatla KLAKARnye. Sgt2 terhibur ok kalo bersama dia. Tak kering gusi katenye. Keletah keletoh beliau memang menghiburkan.Bebi ni BFF Julie & Cekwan. Sudah 11 tahun 6 bulan and still counting. Sekarang dah jadi distributor Alpha Lipid. Sapa2 yang nak beli atau konsultasi boleh baca blog beliau di bebybeb.blogspot.com. Lokasi penggambaran : Tanah Lot, Bali.



Next! Yang si hensem hitam manis ni nama manjanya Bali. Tu pon bff beliau Faiz yang kantoikan. Haha. Pencinta Sejarah.Bali ni pon KELAKO angat2. Kalo jumpa, xgelak memang xsah. Kalo trip 5 hari 4 malam sepanjang tu jugakla kami gelak mcm org gile sampai balik rumah serak2 basah suara. Every trip jadi gitu. Haha. Selain tu, beliau ni kreatif dalam penghasilan produk2 kraf. Frame, kad, cermin,guest book, hantaran suma diquillingkan. Tapi memang terbaik. Kalo nak order, boleh bagitau Julie k. Marketing manager sangat..Hahaha. Bali BFF kepada Faiz. Sentiasa diburu jejaka2 ASEAN. Haha. Lokasi penggambaran : odw ke Phi2 Island, Krabi, Thailand.



Next is Faiz aka Paiz. Beliau seorang yang hensem, kulit muka licin, pemalu dan agak senyap pada mulanya. Sekali bila dah berjumpa Bajet Trebeler, terkeluarla bakat terpendam beliau iaitu KELAKAR hokeh. Beliau suka buat lawak tapi muke seriyes. Dia xsedar akan bakatnya selama ini. Haha. Yang uniknya Faiz ni, dia kreatif bab2 tangkap gambar. Lepas tu pekerjaan beliau adalah mengkaji kuman. Pelik tetapi benar! Selalula kami dengar info2 pasal keje beliau. Lepstirosisla, cacingla, E-coli la, macam2 kami belajar dari beliau. Tq paiz! Faiz adalah BFF Bali. Lokasi penggambaran : Pantai Nusa Dua, Bali.


Seterusnya adalah Farid ataupon Bajet Trebeler (BT) panggil Payed. Alololooo...Beliau ni adik kepada Julie. Berpusing2kan friendship kiteorg ni. Yang dia ni hebat bila bercakap sehingga kami amanatkan sebagai AJK Komunikasi. So, apa2 nak tanya, nak suruh orang lain ambilkan gambar, dialah mangsanya untuk pergi bertanya. Haha..The veri gadget person. Sume nak produk Apple. Pengsan. Masih bergelar student lagi. Pernah menjadi student practical Faiz.


Next! Yang comel2 ni namanya Salwa aka Kak Wa or Kak Wasa. Nama kak Wasa ni dapat bile Faiz tersilap taip dalam Whats apps and terus melekat sampai skrg. Hahaha. Seorang pencinta sejarah macam Bali. Ada masanya emosinya tak menentu. Jangan main2 dgn dia. Dia agak garang orangnye. Hehe. Tapi cute angat2. Ramai feminat feminut taw.Satu2nya kakak Cekwan. Seorang 'Food Lover'. Kiteorg penah kene marah sebab kacau konsentrasi dia makan Pancake di Krabi. Tgh enjoying food katenye. Haha.Kak Wasa, Kak Wasa. Lokasi penggambaran : Saranam Eco-Resort, Bedugul, Bali


Yang cun melecun ni nama Wanie. Yang rapat2 ni panggil Cekwan je. Ramai peminat, fashionista, hijabista, vista. Haha. Peminat pasukan Italy. Yang geram dgn dia ni, muka takde perasaan. Bagi yang rapat, da masak dah dgn perangai beliau. Bile ketawa, abes dunia gegak gempita. Pencinta gunung & marathon. BFF Julie & Bebi dan adik kepada Wawa. 11 years 6 months & stil kaunting. Lokasi penggambaran : Angkor Wat, Siem Reap, Cambodia



Last but not least, Hady or Adi. Comelkan beliau? Omeyomey. Haha. Adi lambat sket masuk grup BT ni. Tupon beliau mengkontek Julie kat FB lepas nampak kami travel ke Bali. Tiada unsur paksaan di sini ye. Sama universiti dgn Julie &  Wanie tapi xpernah bercakap pun. Borak2, rupanya kawan Bali semasa GEMS pulak. Beliau berminat snorkelling, fishing & diving. Adi ni KLAKA orangnya & suke gelak. Apa2 cadangan pasti diterima tanpa sebarang bantahan. Haha. Very good person. Lokasi penggambaran : Phuket, Thailand

BT memang ditakdirkan berjumpa, bersahabat, melancong,berkongsi cerita, suka duka, sukaria, sukasuki. Bila stress, kami reunion pasti hilang segala tekanan tu. Masalah terbang bersama gelaktawa. Aicehh ayat. Setiap orang ada karakter masing2 yang melengkapi satu sama lain.Haha. Apapun, I love Bajet Trebeler team like I love myself, ayat payed. Hahaha. Da macam family, adik beradik. Kentot pon da xkesah. Bersepah2 masing2. Love you all never end. 

Sekian. Terima kasih kerana sudi membaca profil ahli Bajet Trebeler. Nantikan negara2 & negeri2 yang telah kami jelajah bersama. Halangan, cubaan & bagaimana kami tanganinya bersama setiap travel?Mesti tak saba nak baca next entry kan? Hahaha. Okbai. Nite ols!!
Huarghhh! Mimpi indah2 ye. Chow cincau!

1 comment:

  1. RCA nak follow mommy pergi bali... http://supplementssemulajadi.blogspot.com/

    ReplyDelete