Friday, March 15, 2013

BALI - DAY 1

Seperti yang dijanjikan (bile mase lak janji), Bajet Trebeler bergabung buat julung2 kalinya di Airport Ngurah Rai, Denpasar, Bali, Indonesia pada 02122011. 

Tak terpikir pon nak pergi Bali ni sebenarnya, just jalan2 g MattaFair March 2011 dengan Kak Wawa. Sekali terjumpa pakej best & murah. Lagi ramai lagi murah. Masa tu yang confirm cuma 4 orang. Tu terus kol Farid suruh cari lagi 2 orang. Nasib baik kawan2nya cepat respon. So kompem 6 orang pegi. 4D3N sorang bayar rm520 exclude tips. RM520 ni termasuk round trip airport transfer, makan pagi, makan tengah hari, makan petang. Malam je bayar sendiri. Siap hotel, transport sepanjang di Bali. Ada sorang pemandu & sorang Tourist Guide. Best x? Best x? Murah x? Murah x? Hehehe.. Recommended travel agency : http://www.balicharajantour.com/.

Sepatutnya beli ticket dulu baru cari pakej. Ni terbalik plak. Haha. Survey punye survey, Airasia & MAS lebih kurang. Beza rm100 je. So grab jela, rm697. Mahal kan? Nak sedapkan hati, xpela selesa & ada makan2 lagi. Haha. Sekali sekala pampered diri katenye. Bali & Faiz pulak xnak MAS. So separate, depa naik Airasia 01hb12 malam & kami ber4 naik MAS 02hb12 petang. The best harga Airasia penah nampak around rm160 return. So tips pertama, beli tiket masa promo ye. Jangan jadi mcm kami. Hehe.

Breakfast wif Bebi at McD KLIA, Sepang. Time ni Wawa demam teruk. Beliau xlalu makan.

Bergerak ke Sukan Sea 14, hehe. Time to check-in.

Disebabkan Faiz & Bali sampai awal pagi. Mereka tido di Musholla aka surau. Esok paginya mereka jalan2 dulu sementara tunggu ketibaan 'Yang Berhormat' 4 orang ni. Hehe.
Welkem to Bali ya Bapak2, Ibuk2. :)

Pemandangan Pantai Nusa Dua, Bali

Nusa Dua ni terkenal dengan aktiviti sukan airnya. 'Water sport' Pak Sulatra cakap. Hehe.

 Weww.. Beraninya dia.

Memancing stail Bali. Ko hado? haha.

Dugaan nak pergi Bali bukan setakat Julie & Wawa je demam. Sekali lagi, kami diuji di Airport. Ada seorang passenger lambat. Kene tunggu dalam 15minit. Da lepas 15minit, cancel pulak. So luggage diaorg terpaksa dikeluarkan dari kargo. Memang lewat sangat2 kami berlepas. Kesian dekat Bali & Faiz tunggu kat sana. 

Xlama berlepas je, Makan time.. Yeay!

Cadbury, Orange & Guava Juice, Mineral Water & Choc Cake

Mini Magnum Ice Cream. Teringat uncle depan tempat duduk tegezut. Owh, ice cream ha? 

Nasi Beriani. yum3

Lepas makan, tdo sampaila Bali. Perjalanan mengambil masa 3 jam. Sampai2 je airport, cari mana Bali & Faiz. Berpeluh2 da diaorg. Ucuk macam acin. Cian cian. 

Alhamdulillah, landed & jumpa semua dengan selamatnya. Bercahaya muka masing2. Haha.
Faiz sakit perut dalam van ni, Bebi hulur choc cake MAS. So sweet. Salam perkenalan.

 Di antara monumen yang ada di Bali

 KR bizi diskas ngan tour guide aka Pak Sulatra.

 View Bali from Jendela Bali

Welcome drink & makan pisang goreng panas

Terus bergerak ke Plaza Wisnu

History about Garuda Wisnu

This way

Omeyomey. TQ Faiz for this lovely picture. :)

Lepas sesi photografi, terus sume laju2 menuju ke van untuk destinasi seterusnya iaitu Pura Luhur Uluwatu. Diaorg kata sunset cantik. Jom tengok!

Sampai sana dah senja, Pak Sulatra cakap jangan pakai Spek or tunjuk kamera sebab monyet akan rampas. So spek simpan. Kamera Julie letak dalam poket seluar & xperasan tali kamera terjuntai ke luar. Bebi dah bisik2 dari belakang tapi xdengar. Sekaliiii, monyet yang gemuk warna Grey tu menyerang dari belakang. Dia panjat badan & kepala. Mak aihhh, peluh2la jerit. Nak nangis...huhuhuuuuuuuu.Masa ni Bali & Faiz berpandangan sambil tengok jam. Nak tengok sunset. Bukan nak tolong ai! Haha..Salam perkenalan sekali lagi ye. Potong mood betul. :(

View Indian Ocean from Uluwatu setelah berperang dgn monyet itew

Us from left Faiz, Wawa, Bebi, Farid, Julie. In front is Baliyana Layolaz

Sunset view from Uluwatu 02122011. SubhanaAllah cantik banget! Terubat rasa takut ngan monyet itew. Haha. Senyum balik. :)

Dah snap2 apa yang patut, terus bergerak ke van Kia utk check-in Hotel. Kami pilih Adhi Jaya Hotel, Kuta. Sila click http://www.adhijayahotel.com/ untuk informasi lanjut.






Sangat recommend Hotel ni. Just nice & simple. 10 minit walking distance ke Pantai Kuta. Iron saje yang tidak disediakan. Kene antar dobi keh.

Lepas bersiap mandi2 & solat jamak terus menuju ke restaurant hotel. Budaya di sini memberi 'Welcome Drink' kepada tetamu yang baru sampai.  Kami disajikan Jus Markisa. OMG...sgt sedappp hokeh. Teringat2 sampai harini.

Aksi BFF dalam Discovery Shopping Mall. Depan hotel je.

 Discovery Shopping Mall

Lepaking depan Batik Keris

Nite walking at HRH, Bali. Sebelah HRH ada HardRock Cafe. Cuaca sgt panas malam2 ye. Fiuhh! http://bali.hardrockhotels.net/

Complete Day 1. Best x? Best x? Hehe. Nantikan sambungan Bali Day 2, 3 & 4. Yawn. 
Assalammualaikum.. :) 











No comments:

Post a Comment