Thursday, September 18, 2014

SET KOLESTROL SHAKLEE


KOLESTROL

Menurut Wikipedia, kolestrol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia.



JENIS- JENIS KOLESTROL

1) LDL ( Low Density Lipoprotein)

Kolestrol LDL sering dipanggil KOLESTROL JAHAT! Mengapa JAHAT?? Sebabnya kolestrol LDL mengangkut kolestrol paling banyak di dalam darah. Kadar LDL yang tinggi boleh menyebabkan pengendapan kolestrol dalam arteri. Dengan kata lain yang mudah difahami adalah kolestrol yang mengakibatkan saluran tersumbat.

Anda boleh lihat perbezaan di antara salur darah yang sihat & salur darah yang sudah tersumbat.

 

 

2) HDL ( High Density Lipoprotein)

Kolestrol ini dipanggil KOLESTROL BAIK. Ianya mengangkut lebih sedikit kolestrol berbanding LDL. Ianya juga dipanggil kolestrol baik kerana HDL dapat mencegah kolestrol mengendap di arteri serta melindungi pembuluh darah dari terbentuknya plak pada dinding pembuluh darah.


3) Trigliserida 

Selain LDL dan HDL, terdapat lemak lain di dalam salur darah iaitu trigliserida. Sekiranya kadar trigliserida meningkat ianya juga dapat meningkatkan kadar kolestrol. Kadar trigliserida dalam darah dipengaruhi seperti kegemukan, pengambilan alkohol, gula dan makanan berlemak.




Sekian pengenalan untuk kolestrol. Entri seterusnya saya akan berkongsi punca, kesan kolestrol yang tinggi dan bagaimana cara-cara untuk menurunkan paras kolestrol kepada kadar yang normal. 




Shaklee ID Malaysia
931412

Julie Ali
0192232549
WA 0127672549

Email : ketimomol@gmail.com
FB  : Julie Ali
Instagram : juliemomol